top of page
ab67616d0000b273ea7834a29cd57fd4cd1951fd.jpg
VR Goggles
VR Goggles
31598699_1905456799487251_31034505967960

PASUKAN BORIA SKPK TUARAN

Pencapaian  Terbaik;

1. Naib Johan Pertandingan Boria Anti Dadah Peringkat PPD Penampang, 2018 (Peringkat Daerah)

2. Persembahan Karnival Kurikulum Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Negeri Sabah, 2018 (Peringkat Negeri Sabah)

3. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Kerjasama antara Panitia Pendidikan Muzik dan Kelab Seni dan Kebudayaan SKPK Tuaran 

Antara Rakan Guru HEBAT & Ahli Penggerak utama: Cikgu Noorafidah & Cikgu Sharnizah

VR Goggles
74601313_744891416026044_1581372521339420672_n.jpg

CHOIR SKPK TUARAN

Pencapaian  Terbaik;

1. Persembahan Sempena  Majlis Penutupan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2022

2. Persembahan Sempena Majlis Penutupan Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sabah 2022

3. Persembahan Sempena Program Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri JPN Sabah 2022 bersama dengan Timbalan Menteri Pendidikan II Malaysia

4. Kolaborasi Lagu Sekolah dengan Pelatih Guru Fakulti Muzik UiTM Shah, Alam, 2020

5. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Kerjasama antara Panitia Pendidikan Muzik bersama dengan rakan Guru HEBAT SKPK Tuaran: Cikgu Shenna, Cikgu Amerzan, Cikgu Luciana, Cikgu Azman

photo_2021-07-05_00-08-08_edited.jpg

SUARA RENTAK SKPK TUARAN

Pencapaian  Terbaik;

1. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Suara Rentak SKPK Tuaran merupakan persembahan permainan alat perkusi yang menggabungkan alat perkusi moden dan tradisional. Suara Rentak mendapat ilham dan inspirasi daripada Drum Circle 

72787918_2727421377290785_38187037111909

PASUKAN INOVASI SKPK TUARAN

Pencapaian Terbaik:

1. Anugerah Emas Kemerlangan Inovasi Pendidikan Sabah 2019, KIPS'19 (Peringkat Negeri Sabah)

2. Anugerah Emas Global Olimpiad-Green Innovation Fair 2021 (Peringkat Antarabangsa)

​

Tahun 2019, ahli terdiri daripada (Putra, Emerson, Kimberly) manakala bagi tahun 2021 ahli terdiri daripada (John, Putra, Kimberly) telah membentangkan inovasi Don't Throw, Make Music. Menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan alat muzik. 

​

Kerjasama antara Panitia Pend. Muzik dan Projek Suara Kami Our Voices SKPK Tuaran

67058969_656881961493657_8698699665199071232_n.jpg

KELAB

SENI & KEBUDAYAAN

SKPK TUARAN

Pencapaian Terbaik:

1. Persembahan Sambut Tamu sempena Penilaian Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (Pusat Sumber Sekolah telah mendapat Johan Peringkat Kebangsaan), 2019

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Persembahan seni dan kebudayaan merupakan salah satu kebitaraan sekolah. Pasukan ini menawarkan persembahan tarian dan permainan alat muzik tradisional. 

​

Kerjasama antara kelab Seni dan Kebudayaan & Panitia Pendidikan Muzik

photo_2021-07-20_15-35-58.jpg

PERMAINAN ALAT PERKUSI ADIK LOW

Pencapaian Terbaik:

1. Penyertaan Pertandingan Southeast Asia Disability's Talent Challenge 2020 (Peringkat Antarabangsa) 

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Adik Low Yu Cheng seorang yang sangat berbakat dalam bidang permainan alat perkusi, terutama bagi alat perkusi Gendang Cina. Low mendapat sokongan dan bimbingan padu daripada Ibu Bapanya

75513523_731073034074549_6644292455334150144_n.jpg

PERMAINAN ALAT MUZIK KIBOD ADIK KYRA

Pencapaian  Terbaik;

1. Penyertaan Pertandingan Southeast Asia Disability's Talent Challenge 2020 (Peringkat Antarabangsa)

2. Kolaborasi bersama dengan Pensyarah Fakulti Muzik UiTM, Shah Alam (Dr. Ahmad Rithaudin Md Noor), 2020

3. Perkongsian kisah 'Aku seorang OKU' dan persembahan kibod bersama dengan murid tahun 6 SK Sungai Buloh, Selangau, Sarawak, 2020

4. Perkongsian persembahan melalui media sosial (Stefanus Lucas)


Kyra Gwen Foo seorang yang sangat berbakat dalam bidang muzikal terutama dalam permainan kibod. Persembahannya telah memukau ramai pihak yang telah menonton video persembahannya dan telah membuktikan bahawa murid buta juga boleh bermain kibod.

photo_2021-07-05_00-44-03_edited.jpg

PERMAINAN ALAT MUZIK KIBOD ADIK SHOPIE

Pencapaian  Terbaik;

1. Penyertaan Pertandingan Southeast Asia Disability's Talent Challenge 2020 (Peringkat Antarabangsa)

4. Perkongsian persembahan melalui media sosial (Stefanus Lucas)


Shopie seorang yang sangat berbakat dalam bidang muzikal terutamanya dalam permainan alat muzik kibod. Walaupun seorang OKU Penglihatan dan seorang Autisme, tidak menghalang adik Shopie menunjukkan bakatnya dalam bidang muzikal. Ibu Bapa Shopie antara penyumbang terbesar dalam membantu meningkatkan kemahiran muzikalnya.

photo_2021-06-30_01-03-35.jpg

NYANYIAN DUET ILHAM DAN IKWAN

Pencapaian Terbaik:

1. Persembahan sempena Karnival Hari Pengguna Kebangsaan dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sabah, 2019 (Peringkat Negeri Sabah)

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Persembahan pertama adik Ilham dan adik Ikwan diluar sekolah. Walaupun kedua-dua sangat pemalu dan salah seorang daripada mereka seorang yang gagap tetapi tidak menjadikan halangan untuk mereka memberikan persembahan yang memukai para hadirin. 

​

Kolaborasi antara Group Busking Pertubuhan Bagi Orang Buta Sabah dan Kelab Seni dan Kebudayaan serta Panitia Pend. Muzik. Antara rakan Guru HEBAT yang bersama-sama ialah Cikgu Zaini

43736635_494910574357464_3045394604732973056_n.jpg

NYANYIAN DUET JOHN DAN AWANG

Pencapaian Terbaik:

1. Penyertaan pertandingan nyanyian duet sempena Karnival Kokurikulum Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Kebangsaan, Johor, 2019 (Peringkat Kebangsaan)

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Penyertaan pertandingan pertama adik Awang diluar sekolah​ dan merupakan diperingkat Kebangsaan. 

22894176_1715940521772214_9030471705448721826_n.jpg

NYANYIAN SOLO JOHN PAUL PAULUS

Pencapaian Terbaik:

1. Tempat Ketiga sempena Karnival Kokurikulum Sekolah-sekolah Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan kali ke-5, Kedah, 2017 (Peringkat Kebangsaan)

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Penyertaan pertandingan pertama adik John diluar sekolah. John telah membuktikan bahawa dia berkemampuan untuk menyertai pertandingan nyanyian solo dan berjaya mendaoat tempat ketiga dalam pertandingan peringkat kebangsaan. Kerjasama antara Ibu bapa John

23031360_1715940558438877_2248195008877684452_n.jpg

NYANYIAN SOLO ALYA 

Pencapaian Terbaik:

1. Tempat Kedua Pertandingan Nyanyian Solo Online JPN Sabah, 2021 (Peringkat Negeri)

2. Penyertaan pertandingan Southeast Asia Disability's Talent Challenge 2020 (Peringkat Antarabangsa)

3. Penyertaan pertandingan nyanyian solo sempena Karnival Kokurikulum Sekolah-sekolah Pendidikan Khas peringkat Kebangsaan kali ke-5, Kedah, 2017 (Peringkat Kebangsaan)

4. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Penyertaan pertandingan pertama adik Alya diluar sekolah. Alya mempunyai bakat muzikal dalam bidang nyanyian dan mempunyai suara yang merdu. Kerjasama antara keluarga Alya

89124303_3054145737951679_78797656537316

NYANYIAN SOLO ADIK ALLYSHA

Pencapaian Terbaik:

1. Penyertaan Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat PPD Penampang, 2020 (Peringkat Daerah)

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Adik Allysha seorang yang pemalu dan mempunyai lontaran suara yang kurang jelas, tetapi ini tidak menjadi halangan kepadanya bagi menyahut cabaran untuk menyertai pertandingan di peringkat dearah dan bersaing bersama dengan murid di sekolah aliran perdana (murid normal). Kerjasama antara Cikgu Anesa (Rakan Sepasukan dalam Panitia Pend. Muzik SKPK Tuaran dan seorang Guru yang HEBAT)

57546517_596908494157671_5902499879023804416_n.jpg

NYANYIAN SOLO ADIK PUTRA

Pencapaian Terbaik:

1. Penyertaan Nyanyian Solo Peringkat PPD Penampang, 2019

2. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Adik Putra membuktikan bahawa dia boleh menyanyi dan mempunyai keberanian untuk menyertai pertandingan diluar sekolah walaupun banyak pihak kurang yakin akan kemampuannya untuk menyanyi dengan baik. 

photo_2020-12-21_00-27-03.jpg

NYANYIAN SOLO ADIK CALEB

Pencapaian Terbaik:

1. Top 10 Southeast Asia Disability's Talent Challenge 2020 (Peringkat Antarabangsa)

2. Top 5 Pertandingan Nyanyian Solo Online e- Bakat 2.0 JPN Sabah, 2021 (Peringkat Negeri)

3. Persembahan Peringkat Sekolah

​

Adik Caleb seorang yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian, terutamanya dalam nyanyian lagu English. Ibu Bapa Caleb sangat menyokong kuat dan antara pembimbing utama Caleb dalam bidang vokal. 

bottom of page